TAHNIAH…Micheal (kiri) dan AK Halim (kanan) penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 menerima anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.
KOTA KINABALU: Kakitangan Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut juga telah dihadiri Menteri KPMKR, YB Datuk James Ratib, selaku Tetamu Kehormat pada majlis itu.

GAMBAR KENANGAN….Sebahagian warga kerja KPMKR yang menerima anugerah dan penghargaan sempena APC KPMKR 2022, merakam gambar bersama SUT, TSUT.
Dalam majlis itu, Ak Abdul Alim Bin Pg Abdul Ghani dan Micheal Mohujang, dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2022, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR).
Pemilihan kedua-dua penerima adalah berdasarkan Prestasi Penilaian Tahun 2022 yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Dalam pada itu, seramai 20 orang lagi menerima Anugerah Khas Dan Sijil Penghargaan Sempena Majlis APC Tahun 2022 KPMKR yang didahului oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Maria @ Marcella David Edick, diikuti Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Lim Ming Siang @ Joroki, Siti Mona Aspinah Binti Amir, Evylin Binti Girek, Harmiza Izzani Binti Hashim, Zaim Yazirwan Amin, Catherine Gubih @ Yubih, Kalimah Hj Asmat, Kirsty Marie Neil Sagidon, Nurul Jasmin Binti Dzulkarnain, Muhammad Afif Farhan Bin Mizam, Ayateh Bte Omar, Jakius Bin Bungin, Muhammad Ali Bin Duil, Andrea Abidin Madingkir, Sari Alfarinie @ Fauzaiah Binti Matzin, Sitti Amirah Binti Harman, Norazizah Bte Talip, Nur Zyhana Simudah @ Zaidi dan David Bonneda Singih Panamba.

ANTARA PENERIMA ANUGERAH ….Nur Zyhana (kiri) dan Norazizah (kanan), masing-masing menerima anugerah disampaikan Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng
Turut menerima Anugerah Khas dan Sijil Penghargaan ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) , Jais Asri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) , Hjh Haslina Ismail, Setiausaha Eksekutif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS),Joeanne Lee Soon Ee, dan Setiausaha PEMADAM, Jossie Ansilmus.
Senarai pemenang Anugerah People’s Award Choice adalah seperti berikut: MISS CONGENIALITY pertama- Puan Jossie, POWER PUFF GIRL pertama- Puan Norazizah Talip, DORA pertama- Puan Harmiza Izzani, CHARLIE CHAPLIN pertama- Encik Sabdali Sum, CAPTAIN MARVEL pertama- Puan Maria David Edick, BILL GATES pertama- Encik David Bonneda, XENA THE WARRIOR PRINCESS pertama- Puan Siti Amirah, POMADE pertama- Encik Afif, JIMMY NEUTRON Encik Aduka Jasnin Suman, SPORTING kedua-Puan Nur Zyhana Simudah.

KING & QUEEN… Aduka Jasnin dan Sari Alfarinie, menerima hadiah disampaikan SUT KPMKR, Maria Chong
Turut diadakan pemenang ‘best dress’ King & Queen, yang masing-masing nobatkan kepada Aduka Jasnin Suman dan Puan Sari Alfarinie @ Fauzaiah binti Matzin.
Majlis yang diadakan pada Jumaat lalu turut dihadiri Pembantu Menteri KPMKR, YB Datuk Flovia Ng, Setiausaha Tetap, Puan Maria Chong, dan juga kedua-dua Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Maria David dan Walter Kenson. Turut hadir ketua-ketua jabatan di bawah KPMKR.



