27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

warga emas perlu dihargai generasi muda: Robert

Robert menyampaikan bakul makanan kepada warga emas yang diraikan pada majlis itu.

KENINGAU: Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang kini sudah bergelar ‘warga emas’ perlu dihargai oleh generasi muda pada hari ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, mereka (warga emas) telah banyak menabur jasa dan pengorbanan dalam masyarakat selain membesarkan anak masing-masing.

“Warga emas juga merupakan insan-insan yang banyak berjasa dan mereka telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan demi memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak, cucu-cucu dan masyarakat. Kita pada hari ini berdiri di atas asas yang telah mereka bina dengan kegigihan, kesabaran dan dedikasi” katanya semasa berucap Majlis ‘Sodop Tama Om Tapa’ sempena Program Jiwa Komuniti Madani khusus untuk warga emas yang diadakan di Dewan Pisompuruan Kampung Merampong baru-baru ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, tanpa usaha dan kerja keras serta pengorbanan mereka pada suatu ketika dahulu,mana mungkin generasi sekarang menikmati segala apa yang ada sekarang ini.

“Mereka bukan sahaja mewariskan apa yang kita nikmati pada hari ini tetapi juga meletakkan asas yang kukuh untuk kita berpijak dan ini harus dijaga untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang” jelasnya.

Menyentuh Majlis Sodop Tama om Tapa yang bermaksud Malam Ibu dan Bapa yang diadakan ini Robert berkata, ia adalah khusus untuk meraikan warga emas yang kita kasihi dan hormati kerana mereka banyak memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat dan negara.

Kepada semua Tama om Tapa kata Robert, jasa mereka tidak akan pernah dilupakan dan memastikan mereka terus dihormati serta dijaga dengan penuh kasih sayang.

Pada masa sama Robert mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang telah merancang dan mengadakan majlis seumpama ini terutama Jabatan Penerangan Daerah Keningau, Komuniti Jiwa Madani Kampung Merampong serta pemimpin setempat dan juga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Sempena majls ini, Robert menyerahkan sumbangan barangan asas berbentuk bakul makanan kepada warga emas yang diraikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN