Tertuduh ketika di bawa keluar dari Mahkamah Majestrit Labua n pada Isnin.
LABUAN: Seorang bapa yang didakwa di Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Labuan atas pertuduhan membunuh anak kandung perempuanya berusia dua bulan akan disebut semula di Mahkamah pada 23 Jun depan.
Hakim Mahkamah Majestrit, Dr. Malissa Chia Pui Fung membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan membuat permohonan reman pada Isnin bagi membantu siasatan.
Sementara menunggu tarikh sebutan semula kes, suspek diarah ditahan di penjara Kepayan.
Mengikut fakta kes pada 09 Mei 2026 kira-kira jam 2.40 pagi, pihak polis menerima maklumat daripada Hospital Labuan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang dibawa ke hospital disyaki menjadi mangsa penderaan.
Bayi tersebut disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan.
Berdasarkan bedah siasat yang dijankan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala akibat trauma tumpul serta beberapa kesan patah tulang rusuk pada bahagian badan.
Sementara itu, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati suspek telah melakukan perbuatan mencederakan anak kandungnya itu di rumah kediamanya tidak bernombor di Kampung Bukit Kuda.
Suspek yang dikenali sebagai Azmi Amat ditahan di bawah seksyen 259 Kanun Keseksasn dan di tuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.
Seramai 22 saksi pendakwasn akan dipanggil semasa prosiding perbicaraan diadakan.



