29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Warga emas kurang sihat, terhad pergerakan di DUN Bingkor mendapat perhatian

Pemaju Bingkor George Dairie (kanan)menyampaikan kerudi roda kepada Udin Kalabun. Turut kelihatan Pemaju Masyarakat DUN Bingkor Puan Mailiy Lajiwat.

KENINGAU : Golongan warga emas yang kurang sihat dan terhad pergerakan di kawasan Bingkor terus mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik dengan menyalurkan bantuan mengikut keperluan mereka.

Mereka yang menerima bantuan dalam bentuk kerusi roda dan tongkat terdiri dari Apok Bin Angkitol dari Kampung Bandukan Baru, Puan Molly Musa dari Kampung Tangkungon, Lutah Lawrince Bin Liasan dari Kampung Singgahmata, Puan Kunsong Simbuno dari Kampung Tangkungon dan Udin Bin Kalabun dari Kampung Kamansi.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Pemaju Mukim Bingkor George Dairie bersama dengan Pemaju Masyarakat DUN Bingkor Puan Mailih Lajiwat mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang menziarahi dari rumah ke rumah warga-warga emas berkenaan.

Puan Molly Musa (dua dari kanan) turut menerima tongkat.

Menurut George, mereka yang menerima bantuan berkenaan begitu teruja dan berterima kasih kepada ADUN Bingkor atas keprihatinan beliau dengan golongan berkenaan.

Katanya, rata-rata mereka yang menerimanya gembira dengan bantuan yang diberikan dan menyifatkan Kerajaan GRS yang dikemudikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat.

Untuk rekod, selain bantuan kepada golongan warga emas, ADUN Bingkor turut membantu anak-anak penduduk di kawasan ini yang melanjutkan pengajian di Universiti dan Kolej serta badan-badan keagamaan dan Persatuan termasuk golongan peniaga yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN