Ezneha (kiri) bersama ibunya Sue.
RANAU: Para belia diajak agar menerima suntikan dos penggalak (Booster) demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan komuniti setempat.
Cik Yaiginis Binti Jaili 22 dan Cik Richeallovely Malik 22 kedua-duanya Kg.Marakau Ranau, menyelar sikap segilintir belia-beliawanis yang menolak atau takut dengan suntikan dos penggalak kerana terlalu terpengaruh dengan viral pelbagai pendapat umum di media sosial berhubung kesan suntikan dos penggalak.
“Kita tidak sepatutnya percaya dan berasa takut dengan viral-viral itu yang sengaja dimuat-turun oleh golongan tertentu yang sengaja menakut-nakutkan orang lain”, jelas Cik Ezneha Binti Hermi 21, dari Kg. Miruru Ranau yang baru sahaja selesai menerima suntikan dos penggalak minggu lepas.
“Semua orang tanpa membezakan agama, budaya, suku kaum dan idologi politik harus memberi kerjasama mematuhi arahan pihak kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), supaya menerima suntikan dos penggalak sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir”, tegas Ezneha lepasan SMK.Ulu Sugut Ranau.
Yaiginis dan Richeallovely.
Cik Yaiginis yang sependapat dengan rakannya Cik Richeallovely mengajak para belia supaya memberi penjelasan sebaik mungkin kepada golongan belia dan golongan dewasa agar menerima suntikan dos penggalak sebagai pelengkap suntikan dos pertama dan kedua.
“Kita harus ingat dan faham sebenarnya suntikan dos 1, 2 dan 3 itu bukan bermakna kita sudah kebal dengan jangkitan, cuma risiko jangkitan Covid-19 agak ringan berbanding mereka yang tiada menerima suntikan langsung”, tambah Yaiginis.
             Â