27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita Warga Switzerland Ditemui Mati Dipercayai Dirogol Sebelum Dibunuh

Gambar: Bangkok Post

Seorang wanita Switzerland berusia 57 tahun ditemui maut di air terjun Ao Yon daerah Wichit, Phuket pada Khamis lalu. Menurut polis, mangsa dipercayai diperkosa dan dibunuh.

Seorang lelaki yang berasal dari Wichit telah membuat laporan kepada polis tempatan setelah dia menemukan mayat itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Polis telah menjumpai mayat seorang wanita yang tingginya sekitar 164 sentimeter terbaring dicelahan batu di kawasan air terjun itu. Mayat ditemui ditutup dengan cadar hitam sekitar satu kilometer dari pintu masuk air terjun Ao Yon.

Menurut laporan Bangkok Post, polis menganggarkan mangsa telah meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari yang lalu. Mangsa ditemui memakai kemeja-T berwarna merah jambu serta menemukan passport miliknya.

Polis juga menjumpai seluar jeans pendek dan seluar dalam berdekatan dengan jasad mangsa. Telefon bimbit milik mangsa juga dijatuhkan berdekatan dengan tempat kejadian.

ADVERTISEMENT

Polis mengatakan bahawa wanita itu telah tiba di lapangan terbang Phuket pada 13 Julai untuk sertai projek pelancongan ‘Phuket Sandbox’ yang bermula pada 1 julai lalu.

Menurut sumber polis imigresen, wanita itu tiba dari Singapura bersendirian dan tinggal di Dusit Thani Laguna Hotel dari 13 hingga 27 Julai sebelum berpindah ke The Mooring Resort Hotel.

Seorang saksi telah melihat mangsa berjalan keluar dari hotel menuju ke pantai sekitar jam 2 petang pada hari Selasa. Mayat dihantar ke Hospital Vachira Phuket untuk bedah siasat. Polis masih mengumpulkan bukti dan menyiasat tentang kematian itu.

Sumber: Bangkok Post

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN