27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita Singapura tergelincir dan terjatuh Ketika daki Gunung Kinabalu

Mangsa diletakkan di atas stretcher sebelum diangkat turun ke Timpohon Gate oleh pasukan Mosar


RANAU: Seorang pendaki wanita warga Singapura menjadi mangsa ke-19 alami komplikasi ketika mendaki Gunung Kinabalu bagi tahun ini selepas mangsa tergelincir dan terjatuh di sini pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di KM8.3 Summit Trail, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 10.50 pagi.


“Kami menerima panggilan melalui Talian Balai pada jam 10.55am dan sepasukan 6 pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Komander Operasi, PBB Feranideh Medi bergegas ke lokasi kejadian.


“Apabila pasukan tiba di lokasi sejauh 2 kilometer dari pos Mosar, kami mendapati terdapat seorang pendaki lelaki mengalami kecederaan di bahagian atas buku lali kiri semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu.


“Pasukan Mosar yang dibantu empat kakitangan Taman Kinabalu dan dua malim gunung, bertindak memberi rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan Robertson Strecher,” katanya.


Menurut Ridwan, kes pada Khamis menjadi kes pertama bagi bulan Julai tahun ini, dan ke-19 bagi tahun 2024.


Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2), Mac (2), April (0), Mei (6) dan Jun (5) kes serupa direkodkan.


Beliau mengulangi nasihatnya kepada semua pendaki yang akan datang supaya mengambil penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.


Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja.
Beliau turut menasihati pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih berhati-hati semasa cuaca tidak menentu sekarang kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin berbanding cuaca biasa.


“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat pemandu kami.


“Ini amat penting bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN