31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita nyaris maut, kenderaan terbakar selepas rempuh belakang kenderaan lain di Ranau

RANAU: Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Telupid – Ranau, Kampung Segindai, di sini pada Rabu.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan ini diterima melalui MERS999 pada jam 3.13 petang.

Seramai enam pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, diketuai Pegawai Operasi Kanan merangkap Ketua BBP Ranau, Ridwan Mohd Taib, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 36 kilometer daripada Pekan Ranau bersama satu aset Fire Rescue Tender (FRT).

Mereka bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos salur bantu sehingga api padam sepenuhnya.

Wanita tersebut dan lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Api dapat dikawal pada jam 3.52 petang dan padam sepenuhnya pada jam 4 petang. –Warta Oreintal

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN