30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita KDM bangga memperagakan pakaian tradisi

AIRINE (gambar kiri)

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Sabah, Negeri di Bawah Bayu amat terkenal dengan kepelbagaian suku dan etniknya. Kekayaan warisan tradisi juga terletak pada keindahan pakaian tradisional bagi suku kaum masing-masing.

Suku kaum Kadazandusun khasnya, amat teruja berpakaian tradisional mereka lebih-lebih lagi ketika menyambut Pesta Kaamatan bulan Mei setiap tahun.

Pada kebiasaannya, tahun-tahun yang sudah, para wanita yang terdiri dari setiap lapisan umur terutamanya golongan remaja akan berkumpul bersama bagi memperagakan pakaian etnik ini pada setiap sambutan Pesta Kaamatan.

Namun, berbeza dengan keadaan kini iaitu di masa pandemik Covid-19, perkumpulan secara beramai-ramai adalah dilarang oleh kerajaan.

Sungguhpun begitu, ini tidak mematahkan semangat dan niat seorang remaja yang dikenali Airine, anak kelahiran daerah Telupid. Dirinya amat meminati pakaian tradisional.

Demikian perasaan bangga dengan memperagakan pakaian tradisi suku kaumnya, Airine berjanji akan memeliharanya daripada hilang ditelan zaman berikutan kemunculan pelbagai corak dan rekabentuk yang dihasilkn menerusi peralatan moden.

“Saya tetap bangga dengan corak tenunan asli suku kaum kami (Dusun) yang dihasil menerusi tenunan tangan yang lebih menarik dan cantik berbanding yang dihasilkan menggunakan mesin”, jelas Airine ketika ditemui.

Beliau turut mengajak generasi baharu agar bukan sahaja memelihara pakaian tradisional mereka malah cuba mewarisi cara menghasilkan tenunan agar tidak hilang ditelan zaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN