Tertuduh diiringi dua pegawai SPRM ketika di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah Labuan
LABUAN:Seorang wanita yang bertugas sebagai Pembantu Perikanan di Jabatan Perikanan Labuan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah, disini pada Khamis.
Tertuduh, 44 tahun dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan selepas di dakwa menerima satu unit Notebook model ASUS A516-AE121 daripada Syatikat Kontraktor yang mempunyai hubungan dengan kerja kerja rasmi membekal kelengkapan dan peralatan PAYAO-Peranti Pengumpulan Ikan (FAD) untuk MyKomuniti Tuna Perikanan di bawah Cawangan Pengembangan Jabatan Perikanan Labuan.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku salah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah, Jason Juga.
Hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM10, 000.00 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin tempatan.
Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri dua bulan sekali di Pejabat SPRM terdekat dan tidak mengganggu saksi saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Sementera itu tarikh sebutan semula pengurusan kes (PTCM) telah ditetapkan pada 2 Oktober 2025 di Mahkamah Sesyen Labuan bagi serahan dokumen di bawah Seksyen 51(A) Kanun Prosedur Jenayah.
Kes pendakwaan dikendalikam oleh Pegawai Pendakwa SPRM Joe Randy Juster.
Tamat
Gambar: Tertuduh diiringi dua pegawai SPRM ketika di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah Labuan



