ADVERTISEMENTspot_img

Wanita bogel tersangkut di celah dinding antara 2 bangunan

SEORANG wanita tanpa seurat benang ditemui terperangkap antara dinding dua bangunan di Santa Ana, California pada Selasa.

Tidak tahu bagaimana puncanya, wanita itu secara misteri terperangkap di lokasi itu sehingga dia menangis meminta tolong selama 30 minit.

Dia akhirnya berjaya diselamatkan selepas pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian kira-kira 2 petang.

Menurut laporan media tempatan, pekerja di kawasan itu terdengar suara tangisan sebelum cuba membuat pencarian dan menemui mangsa.

Sebahagian blok konkrit turut dibuang oleh bomba untuk membawa wanita itu keluar.

Dalam 30 minit, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan sebelum dibawa menerima rawatan di hospital berdekatan. – Daily Star.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN