RANAU: ‘Walai Kitompu’ (Rumah Berhantu) merupakan antara acara menarik yang bakal diadakan sempena sambutan Karnival Merdeka 2022, peringkat Kg.Mininsalu terletak 2 kilometer dari pekan Ranau pada 8-10 September.
Program anjuran empat badan tertinggi peringkat Kg.Mininsalu iaitu, PJKK, Persatuan Wanita Mininsalu KDCA, Kelab Belia akan turut menyediakan acara lain seperti Bola Tampar Wanita, Sukaneka, Sukan Rakyat, Derma Darah, Taman Permainan Ligo, Karaoke Patriotik, Karaoke Terbuka, Tamu Mininsalu dan banyak lagi.
Ketua Adat Kg.Mininsalu, Kuiky Gimbur(gambar) memberitahu, majlis itu dijangka dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun pada 10 September jam 3.00 petang.
Kuiky mempelawa orang ramai supaya hadir memeriahkan suasana, seterusnya menyertai pelbagai aktiviti yang bakal diadakan.
            .



