24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Video tular melibatkan buli pelajar kini dalam siasatan: DSP Simiun

TANGKAP LAYAR….sebahagian aksi didakwa buli pelajar junior di salah sebuah sekolah menengah di Ranau yang tular di media sosial


RANAU: Polis di daerah ini sedang membuat siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial yang menunjukkan kes buli melibatkan pelajar sekolah menengah di sini baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin memberitahu, pihaknya telah menerima maklumat mengenai satu video tular di media sosial yang berdurasi selama lebih kurang 5 minit itu.


“Video tersebut memaparkan rakaman video yang didakwa buli melibatkan pelajar sekolah yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di daerah Ranau.


“Polis Daerah Ranau mengesahkan telah menerima laporan polis berkaitan kes ini pada 1 September 2023 jam lebih kurang 3.26 petang dan polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katanya.

DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Ranau


Menurut Simiun, kes tersebut kini masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tersebut.


“Pihak polis juga menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengaibkan mana-mana individu.


“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh salurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN