30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Utamakan keluarga dan sahabat sebelum berpolitik: Abidin

Abidin menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil masjid dan surau di majlis itu


RANAU: Keakraban kekeluargaan mesti terus menjadi pegangan erat serta dikekalkan demi keharmonian hidup bermasyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik, tegas ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.


Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata tiada gunanya bagi rakyat berjaya dalam menegaskan fahaman politik mereka namun disebaliknya kehilangan ahli keluarga dan rakan taulan.


Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa menyantuni rakyat Kawasan DUN Paginatan khususnya para pemimpin Surau dan Masjid dalam satu Majlis Berbuka Puasa anjuran UPPM DUN Paginatan di Kg. Lohan Ulu baru baru ini.


Abidin merakamkan setinggi tinggi penghargaan keatas kehadiran pemimpin pemimpin Masjid dan Surau di Kawasan DUN Paginatan.


“Majlis seperti ini sudah tentunya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim tanpa mengira agama dan fahaman politik. Masyarakat Ranau adalah model paling terbaik dalam memerlihatkan toleransi agama yang paling tinggi.


“Dalam keluarga saya sendiri mempunyai penganut agama Islam dan Kristian, tapi setiap kali ada perjumpaan keluarga tiada kekangan dalam penyediaan makanan atau acara makan. Keadaan seperti ini agat sukar kita lihat di tempat lain terutama di Semenanjung,” kata beliau.


“Keakraban kekeluargaan seperti inilah yang harus kita pegang dan kekalkan demi keharmonian hidup bermasyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik,” kata beliau.


Di majlis itu, Abidin sempat memberi sumbangan kewangan kepada semua Masjid dan surau di kawasan DUN Paginatan iaitu 12 masjid dan 38 surau.


“Sumbangan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak keperluan umat Islam di satu-satu kampung dalam penyediaan berbuka puasa,” katanya.


Turut Hadir Ketua Daerah OKK Muhasip Hj Rauman, PPM Hishamudin Harun, Timbalan Ketua Bahagian PBS Paginatan Faustine Thomas, Ketua Wiramuda Hillary Salmoen, Ketua Wiranita Siti Nurjana Abas dan para pemimpin setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN