Gambar – Salah seorang Penerima Dayang Maslinah Tahir, kakitangan JKR Sabah (ketiga kiri).
0leh: ADUKA JASNIN SUMAN
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu USNO (Baru), tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg.Meruntum, Putatan, baru-baru ini.
Program kebajikan itu yang diadakan di Dewan PPR Serigai, di sini turut disertai jawatankuasa USNO Bahagian Putatan.
Menurut jurucakap penganjur, Hajah Siti Khairiah S. Mohd, mangsa-mangsa kebakaran melalui ketua isi rumah telah menerima sumbangan berupa wang tunai, selimut dan tuala mandi.
“Kita mengharapkan agar sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban yang terpaksa tanggung manga kebakaran.
“Semoga semua mangsa kebakaran di Kg.Meruntum ini turut mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama dari segi bantuan keperluan asas mereka,” katanya.

Sebahagian Rombongan Penganjur Sumbangan/bantuan Mangsa Kebakaran Kg. Meruntum, Putatan
Antara pemimpin USNO yang menjayakan program itu ialah Naib Presiden, Dato’ Hamzah Sundang, Ketua USNO Bahagian Putatan,Datuk Seri Shariff Perais, Ketua Wanita Pusat, Puan Hajah Siti Khairiah S. Mohd dan Ketua Pemuda Pusat, Iskandar Dzulkarnain.
Turut hadir dan sama-sama menjayakan program ialah AJKdan ahli-ahli parti USNO.
Dalam pada itu, USNO turut mengucapkan penghargaan kepada agensi-agensi serta NGO yang bertugas di pusat pemindahan mangsa kebakaran, khususnya JKM, APM, RELA, PDRM, Pejabat Daerah Putatan dan Bulan Sabit Merah