25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan, Beaufort senada martabatkan dakwah Islamiah

Gambar: CENDERAHATI… Ruslan (kiri) dan Haji Mohd Ali (Kanan) bertukar tukar cenderahati  sambil diperhatikan oleh kedua-dua ahli USIA yang hadir pada kunjungan tersebut.

LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan dan USIA Bahagian Beaufort  senada dalam memartabatkan dakwah kerana ia merupakan ko bisness dalam meningkatkan syiarkan Islam  dan kesejahteraan hidup.

Demikian diperjelaskan oleh Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali @Asmaran Datuk Seri Panglima Mohd Bledram dan Ketua USIA Bahagian Beaufort, Haji Ruslan Muharam dalam satu perjumpaan sempena Kunjung Hormat  Ziarah USIA Beaufort ke Pejabat USIA Bahagian Labuan, pada Khamis.

Selain itu, kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju untuk meningkatkan pembabitkan golongan belia untuk menyertai USIA sebagai pemimpin pelapis masa hadapan.

Dalam pertemuan hampir satu jam itu,  Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lumadan  berharap kunjungan  yang julung julung kalinya diadakan itu  bukan sahaja untuk  memartabakan hala tuju  USIA tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahin diantara kedua-dua pihak.

Sementara itu, Mohd Ali berharap perjumpaan tersebut  dapat mempertingkatkan gerak kerja tersusun dan teratur dalam memantapkan perjalanan dakwah dan syiar Islam di Sabah khususnya di Beaufort dan Labuan.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha USIA Bahagian Beaufort, Ustaz Mohd Haji Salleh, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan dan Setiausaha USIA Bahagian Labuan, Haji Yahya Haji Bakri.

Terdahulu Ruslan yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu  Sabah (PBBS)  telah mengadakan lawatan muhibah dengan Persatuan Bisaya Bersatu Labuan dan seterusnya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Hidayah, Taman Perumahan Rancha-Rancha bersama ahli ahli persatuan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN