Mohd Ali ( kiri) menyampiakan cenderahati kepada Ustaz Rafie sambil diperhatikan oleh ahli ahli USIA dan kakitangan MAIWP.
LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan mengadakan Kunjungan Hormat keatas Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Ustaz Rafie Zakaria di pejabatnya, Tingkat 13, Ujana Kewangan Labuan, pada Rabu.
Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali @Aliman Datuk Seri Panglima Haji Mohamed Bledram mengetuai delegasi 13 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Tertinggi USIA Bahagian Labuan.
Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam itu julung kalinya diadakan oleh USIA Bahagian Labuan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara kedua dua institusi disamping menjalinkan kerjasama dalam pelbagai program yang memberi manfaat kepada ummah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Delegasi USIA bergambar kenangan bersama Ustaz Rafie (duduk empat dari kanan)
Turut diadakan dalam pertemuan itu sesi taklimat ringkas mengenai pengoperasian MAIWP di Labuan sekaligus memberi ruang kepada USIA untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung skim-skim bantuan yang disediakan oleh MAIWP khususnya dalam usaha memperkasa kebajikan golongan asnaf dan masyarakat setempat.
Sementara itu, Mohd Ali turut menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian luar biasa MAIWP dalam melaksanakan pelbagai program dan bantuan untuk kebajikan asnaf menerusi agihan wang zakat.
“Pertemuan ini membuka ruang yang lebih baik kearah memperkukuhkan hubungan serta kerjasama yang lebih strategik yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam di pulau ini”, katanya.



