31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Usahawan Perlu Tingkat Pengetahuan IT Promosi Produk

OLEH: MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyeru para usahawan dan bakal usahawan di negeri ini supaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat (IT) bagi memudahkan mereka mempromosi dan memasarkan produk.

Beliau berkata, ini kerana medium pemasaran produk kini semakin berkembang dan meluas lantaran wujudnya terma E-Commerce iaitu pemasaran produk secara atas talian seperti Shopee, Lazada, Zalora, Carousell, eBay, Alibaba dan sebagainya.

Ewon bergambar bersama sebahagian peserta bengkel.

“Ada juga peniaga yang meniagakan produk mereka melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram yang lebih murah dan menjimatkan.

“Maka, tidak hairanlah pada masa ini semakin ramai masyarakat terutamanya golongan belia berminat menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kerepek pisang, aksesori, pakaian mahupun kosmetik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 3, di Hotel Grand Bomeo, di sini, pads Selesa.

Ewon menerima cenderakenangan daripada Othman.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lada Malaysia Othman Sajili, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran & Perniagaan Lembaga lada Malaysia Langgi Chaling, Ahli Lembaga Pengarah MPB merangkap Pengerusi Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), Dennison R Indang.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, bidang keusahawanan telah menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara terutamanya negara-negara maju dan sedang membangun.

“Oleh itu saya berharap para usahawan dan bakal usahawan termasuk usahawin lada di negeri ini melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan perniagaan serta bijak dan kreatif mencari jalan penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi

“Pengetahuan mengenai skil pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan dan pemasaran amat membantu menentukan hala tuju perniagaan,” katanya.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada MPB atas usaha mempromosikan komoditi lada sekaligus melahirkan ramai usahawan lada termasuk di Sabah.

“Ini dibuktikan melalui kewujudan beberapa PKS (food product) yang dibimbing di bawah MPB seperti NIS Spice Manufacturing Sdn. Bhd. (rempah ratus), MUSC Food Industries Sdn. Bhd. (pes makanan), Hajjah Aminah Food Industries Sdn, Makanan Warisan Bonda (kek lapis, Kuah rojak lada hitam dan beberapa PKS yang lain.

“Pada tahun lepas, dua PKS baru di Sabah berdaftar di bawah MPB, iaitu Nuze Agro Enterprise (Lada Hitam & Lada Putih serta Minyak Urut Lada) dan LONZ Sda. Bhd. (produk makanan),” katanya.

LADA PUTIH…antara produk usahawan lada hitam Sabah, Puhus Pepper Plantation.

Justeru itu beliau meyambut baik inisiatif MPB dalam menganjurkan bengkel seumpama ini yang selari dengan objektifnya iaitu memperkenalkan khidmat bantuan yang disediakan oleh MPB, memberi peluang para pekebun untuk menjadi usahawan hiliran lada dan mengenalpasti usahawan yang berbakat dan berpotensi untuk menjadi usahawan hiliran lada yang berjaya.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi pemiagaan,” katanya.

Bengkel tiga hari itu disertai 40 peserta dari seluruh Sabah.

Pada majlis itu, turut disampaikan bantuan peralatan mesin bawah skim pembiayaan pembangunan pemasaran Lembaga Lada Malaysia bagi Tahun 2019 kepada Puhus Pepper Plantation dan Fresh Enterprise. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN