27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Usahakan kawasan tanah terbiar : Jonathan Yasin

Datin Hajah Jaini (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Jonathan diperhatikan Paul (kiri sekali) dan Mohd.Razalie (tiga kanan) bersama yang lain.

RANAU: Para petani di daerah ini, disaran supaya mengusahakan kawasan tanah terbiar dengan tanaman Jagung selain kebun  Getah, Buah-Buahan sepererti Durian, Pisang, Nanas, Koko, Getah dan Kelapa Sawit selain bidang penternakan.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimem Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, mengusahakan tanaman Jagung merupakan satu lagi yang boleh diusahakan para petani di daerah Ranau selain tanaman sedia ada, memandangkan jagung suatu bahan makanan yang penting yang masih banyak diimport dari luar negara bagi menampung permintaan dan keperluan tempatan.

Menurutnya, dengan projek tanaman jagung suatu cara mengawal aliran wang ke luar negara semata-mata untuk mengimpot  jagung untuk keperluan negara.

“Justeru amat penting sekali tanaman jagung itu dipertingkatkan bagi menampung keperluan rakyat negara ini”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Program  Usahawan  Agrotani  Tanaman Jagung Baja, melalui Koperasi Wawasan  Rakyat Sabah Berhad di Jaini Redhill Residence Ranau pada Sabtu.

Menurut Datuk Jonathan, para  petani perlu bertindak bijak secara positif membuka kawasan yang terbiar atau tanah yang belum diteruka untuk dijadikan kawasan baharu dengan tanaman Jagung Baja yang  terbukti boleh mendatangkan hasil lumayan dengan cepat dan menguntungkan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Salah seorang peserta (kiri) menerima Baja dan Biji Benih Jagung sumbangan Datuk Jonathan disampaikan kakitangan Koperasi Wawasan Sabah.

“Kita mahu daerah Ranau yang sudah terkenal dengan produk buah-buahan seperti durian berkualiti, kelapa sawit dan getah juga pengeluar Jagung Baja yang terkenal bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh negara pada suatu masa nanti”, tegas Jonathan sambil mengumumkan bantuan berupa  biji  benih Jagung dan  Baja bernilai RM100 bagi setiap orang kepada lebih 20 orang peserta yang hadir menyertai program  tersebut.

“Tanaman Jagung Baja ini merupakan suatu yang boleh mendatangkan hasil dengan cepat tanpa memerlukan penjagaan rapi serta tidak terlalu membebankan pengusaha berbanding tanaman lain”, tambah Jonathan dan menyokong penuh supaya Persatuan Penanam Jagung di Ranau bagi memudahkan pe yaluran bantuan dan sumbangan daripada kerajaan atau pejabat Parlimen Ranau pada masa akan datang.

Berucap sama ialah, Pengerusi Peladang Nita dan Kopersai (Jamin) daerah Ranau, Datin Hajah Jaini Binti Majid.

Hadir sama pada,  program itu ialah,  Pegawai Latihan Kanan, Bahagian Dasar dan Strategi Institiut Koperasi Malaysia, Mohd
Razalie Bin Raffae dan Pengurus Pertanian  Koperasi Wawasan (Agrotani) Sabah, Paul Chang.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN