ADVERTISEMENTspot_img

Usaha bersepadu penting dalam menangani banjir: Abidin

Abidin dan lain-lain meninjau kawasan kalbut yang menjadi salah satu penyebab banjir berlaku di sini


RANAU: ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata, kerjasama dengan agensi kerajaan akan sentiasa dijalankan bagi mencari penyelasaian tuntas kepada masalah banjir di kawasan ini.


Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata demikian semasa turun padang melihat sendiri kesan banjir yang melanda sebahagian besar tanaman sawah padi dan beberapa perumahan di Kg Tudangan baru-baru ini.


“Kita turut bersedih atas musibah banjir yang menimpa penduduk Kg Tudangan. Untuk makluman, masalah utama sudah dikenalpasti dan ianya akan dikemukakan kepada Jabatan- Jabatan kerajaan berkenaan.


“Fokus utama kita ialah untuk mencari penyelasaian bagi mengatasi masalah yang sering menimpa penduduk kampung setiap kali banjir melanda,” tegas beliau.


Menurut Abidin, kerja naik taraf kalbut akan dikemukakan kepada JKR, sementara pembaikan tebing-tebing sungai akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.


“Sementara itu kita akan berhubung dengan Jabatan Pertanian bagaimana kita memulihkan kawasan sawah padi yang rosak teruk akibat banjir tersebut,” kata beliau lagi.


Bencana banjir yang melanda kawasan Kg Tudangan dan kampung sekitar telahpun dilaporkan kepada PKOB dan juga NADMA, iaitu agensi kerajaan yang bertanggung jawab menangani bencana alam.


“Sebagai Wakil Rakyat, tugas saya adalah untuk memudahcara. Kita akan bekerjasama dengan agensi kerajaan ini untuk mencari penyelasaian tuntas kepada masalah penduduk kampung khususnya di Kg. Tudangan ini,” kata Abidin.


Dalam lawatan tersebut, beliau sempat mengagih-agihkan bakul makanan kepada 22 keluarga yang terkesan dengan musibah banjir.


Turut Hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Pagintan Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Wakil Jurutera Daerah JKR, Wakil Syarikat Konsesi Globinaco dan para pemimpin setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN