31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UPPM, MAN Nabawan santuni penduduk di Zon Tataluan Sepulut

Ghani semasa bersemuka dengan penduduk Kampung Maatol sambil meneliti permasalahan yang dikemukakan oleh penduduk.

NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin bersama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Nabawan dan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Nabawan mengadakan program menyantuni penduduk di lima buah kampung di Zon Tataluan Sepulut baru-baru ini.

Kampung terlibat adalah Samuran, Tataluan, Maatol, Mawantul dan Tumangulan (Liningkar Baru).

Menurut Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), program itu bertujuan memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan penduduk kampung terlibat bersemuka dengan pemimpin-pemimpin sambil mengemukakan permasalahan mereka.

Katanya, pelbagai keluhan dan masalah yang dikemukakan oleh penduduk kampung yang lebih menjurus kepada kemudahan dan keperluan.

“Antara yang dikemuka oleh penduduk, pembaikan jambatan gantung Kampung Samuran, pemabaikan rumah panjang Kampung Tataluan dan pembaikan rumah budaya Kampung Bangau” jelasnya.

Selain katanya,kemudahan-kemudahan lain yang dipohon oleh penduduk kampung adalah janakuasa elektrik (generator), injin bot (sangkut), mesin rumput surung, kerusi plastik dan sebagainya mengikut keperluan kampung yang terlibat.

Bercakap kepada media selepas program itu Ghani berkata, pihaknya telah meluluskan serta merta peruntukan RM50,000.00 untuk pembaikan jambatan gantung Kampung Samuran kerana ia adalah keperluan mendesak.

Jelasnya lagi, permohonan-permohonan yang lain juga seperti generator, kerusi plastik telah diambil perhatian dan tindakan segera.

Sementara katanya, bagi projek yang memerlukan kajian perlu lawatan susulan jabatan dan agensi yang berkaitan.

Turut sama pada program itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN