Awang Kadin (tengah) dan Dexter (dua dari kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Jelajah Iftar 2025.
KOTA KINABALU : Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah dan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) bekerjasama dalam menjayakan Jelajah Iftar 2025.
Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin berkata, Jelajah Iftar yang masuk tahun kedua itu mencerminkan usaha berterusan KTC dalam memastikan sumbangan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Beliau juga berharap dengan pelaksanaan program berkenaan, KTC dapat terus menjadi pemangkin dalam usaha kebajikan dan menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pelancaran Jelajah Iftar 2025 yang diadakan di sini, pada Isnin.



