COL Corey Shillabeer mengetuai acara tafakur simbolik memperingati peristiwa Operasi OBOE 6 di Ramsey Point, pada Selesa.
LABUAN: Pihak Pertahanan Australia dengan kerjasama Perbadanan Labuan menganjurkan upacara memperingati ulang tahun ke 80 peristiwa Operasi OBOE 6 yang diadakan di kawasan Ramsey Point, pada Selasa.
Upacara yang diadakan secara sederhana itu sebagai satu misi ketenteraan bersejarah yang menyaksikan pendaratan tentera Australia di Labuan pada 10 Jun 1945, dalam usaha membebaskan Borneo Utara daripada pendudukan Jepun semasa Perang Dunia KeDua.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada siri operasi ketenteraan yang dikenali sebagai “Oboe 6”, dan diketuai oleh Divisyen Ke-9 Australia dengan sokongan tentera laut dan udara bersekutu.
Pendaratan ketenteraan Australia di Labuan bertujuan menguasai pelabuhan strategik dan kemudahan minyak di kawasan sekitar, termasuk Brunei.
Hadir sama dalam upacara tahunan peristiwa Operasi OBOE 6 itu ialah
Penasihat Pertahanan Australia ke Kuala Lumpur, COL Corey Shillabeer dan beberapa pegawai dari Perbadanan Labuan.
Turut terlibat dalam upacara yang diadakan secara sederhana itu anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, Tentera Darat Malaysia Labuan dan Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).



