29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Unit Tabung Darah Hospital Ranau terus anjurkan Kempen Derma Darah

Winek (berdiri tiga kiri) dan Mairy (berdiri kanan sekali)bersama Jawatankuasa Wiranita Star N.38 Paginatan dan para penderma darah.

RANAU: Meskipun masih dalam suasana pandemik Covid-19, namun tidak mematahkan semangat Bahagian Tabung Darah Hospital Ranau untuk menganjurkan Kempen Derma Darah bagi mengisi tabung darah demi kegunaan pesakit di hospital berkenaan.

Menerusi kempen yang diadakan di Ruang Legar Hospital Ranau baru-baru ini, telah berjaya mengumpul sebanyak 27 paint darah daripada orang ramai yang layak menderma darah.

Program itu merupakan inisiatif dan anjuran bersama Unit Tabung Darah Hospital dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Ranau  di Pengerusikan Benedict Gunda yang juga Setiausaha Politik kepada  Timbalan Menteri Dalam Negeri II, selaku Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin,  Menteri Kewangan II, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Ahli  Dewan Undangan  Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ranau di bawah Ketuanya, Mairy Bin Yubin dan  Jawatankuasa Wiranita Parti Solidariti (Star) N.38 Paginatan, diketuai Winek Binti Yuni yang turut menyumbang berupa beras kepada para penderma darah.

Juru Teknologi Makmal Tabung Darah Hospital Ranau, Safarina Binti Assat, ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada para penderma darah, Haji Masidi, Jawatankuasa ALPH, Wiranita Star Paginatan dan RELA daerah Ranau kerana membantu menjayakan kempen derma darah tersebut.

“Dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak telah membolehkan kempen ini berjaya dilaksanakan”, jelas Safarina mewakili hospital Ranau.

Menurutnya, kempen  derma darah akan diteruskan bagi memenuhi keperluan  para pesakit terutama mereka yang mengidap penyakit   Tallesimia (kurang darah), Ibu Bersalin dan mereka yang terlibat dengan kes kemalangan.

“Unit Tabung Darah Hospital sentiasa memerlukan bekalan darah yang mencukupi sebagai persediaan mendepani kes-kes kecemasan”, katanya.

Safarina turut mendedahkan antara kebaikan menderma darah ialah, mengurangkan berat badan, pemeriksaan kesihatan percuma, mengetahui jenis darah, menerima rawatan percuma di wad hospital Kelas Pertama, memperolehi Vaksinasi Hepatitis B jika (dua kali) menderma dalam satu tahun, pertambahan sel darah,  mengurangkan risiko canser serta mengelakkan risiko penyakit jantung.

Hadir sama pada  program itu ialah, Ketua Pegawai Unit Tabung Darah Hospital Ranau, Dr.Sunny Eng Lu Sun.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN