26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL tuan rumah Mesyuarat Kolaborasi Program TVET Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Prof. Dr. Shahril (lima kanan) dan Prof Ts. Dr. Kamal (empat kiri) bersama ahli Mesyuarat Kolaborasi Program TVET Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Bersama Syarikat di Bilik Mesyuarat Kiansam, UMSKAL pada Rabu lalu.

LABUAN: Seramai 30 orang delegasi menghadiri Mesyuarat Kolaborasi Program TVET Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bersama Syarikat di Bilik Mesyuarat Kiansam, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada Rabu lalu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof.

Pada mesyuarat itu diadakan Pembentangan Program Kerjasama

TVET UMS-UMPSA oleh Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, UMPSA, Profesor Ts. Dr. Kamal Yusoh.

Selain itu, taklimat Program TVET; Sarjana Muda Teknologi

Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas; dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Elektrik dan Elektronik serta Taklimat Work Based Learning (WBL).

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UMS, Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Kamaruddin Abd Hamid yang mewakili Dekan FKJ, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UMS, Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal Zakaria dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik UMS, Dr. Denis Andrew D. Lajium.

Hadir sama Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik UMPSA, Dr. Noram Irwan Ramli.

Delegasi turut meninjau lokasi tempat melihat anak bulan di Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN