31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMS – MET Malaysia perkasa hubungan kerjasama

Penerangan daripada Hamiji Lariuh; Ketua Stesen Pejabat Meteorologi Kota Kinabalu berkaitan sistem radar cuaca.

Kota Kinabalu – Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Cawangan Sabah bagi memperkasa hubungan kerjasama kedua-dua pihak, baru-baru ini.

Menurut Pengarah NDRC UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada NDRC untuk melihat proses pemantauan dan operasi sistem gempa bumi dan amaran tsunami (SEISCOMP5) yang terdapat di agensi itu.

“NDRC UMS mengadakan lawatan rasmi ke MET Sabah dan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah (POCGS) bersama-sama pelajar latihan industi dan para penyelidik NDRC.

“Lawatan ini dilihat dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan penyelidik kami mengenai bidang sains atmosfera, klimatologi dan penyelidikan berkaitan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan serta kemarau.

“Kami juga berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan dan fungsi MET Malaysia, kemudahan-kemudahan pencerapan data meteorologi serta pemantauan cuaca yang lain seperti Terminal Doppler Radar (TDR), Automated Weather Station (AWS), MMD Radar Network dan Wind and Runway Visual Range yang terdapat di jabatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.

Carolyn menambah, lawatan rasmi tersebut juga bertujuan memperkukuh kerjasama sedia ada di antara NDRC UMS dan MET Malaysia melalui penyelidikan berkaitan bencana alam melalui penggunaan sistem SEISCOMP3 yang telah ditempatkan di makmal NDRC UMS oleh MET Malaysia.

“Perisian SEISCOMP3 merupakan sistem pemantauan gempa bumi yang ditempatkan di Makmal NDRC UMS. Sistem ini dapat digunakan oleh para pelajar dan penyelidik di NDRC UMS untuk membuat pemantauan dengan lebih berkesan.

“Kerjasama NDRC UMS dan MET Malaysia juga akan diteruskan merangkumi penyeliaan bersama pelajar latihan industri di NDRC UMS.

Turut hadir pada lawatan tersebut Timbalan Pengarah I, POCGS/Felo Penyelidik Bersekutu NDRC, Dr. Chai Mui Fatt; Ketua Stesen Pejabat Meteorologi Kota Kinabalu, Hamiji Lariuh; Penolong Pegawai Meteorologi POCGS, Isaac Yubih serta Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN