24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO SABAH KEKAL BERSAMA GRS

MESYUARAT Bung bersama Timbalanya Datuk Yakub Khan semasa menyertai mesyuarat Amt Umno secara Maya semalam

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: UMNO Sabah kekal dengan pendirian bersama rakan komponen dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua UMNO Sabah, Dato Sri i Bung Moktar Radin (gambar) berkata, Kerajaan Sabah ditadbir GRS masih berfungsi seperti biasa dan menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

“ Kerajaan GRS Sabah dibentuk kerana adanya sokongan rakyat ,justeru kita perlu menghormati mandat rakyat, kita baru saja mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) dan ketika ini kerajaan GRS masih berfungsi seperti biasa menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat di negeri ini” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada khamis.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri pendirian itu turut dinyatakan pihaknya dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor pada rabu lepas.

Katanya, UMNO Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan GRS dan akan memberi fokus kepada usaha membangunkan Sabah. UMNO Sabah perlu bersolidariti dengan GRS kerana ini penting bagi memastikan janji yang diberikan kepada rakyat dalam PRN-16 lalu dapat ditunaikan.

“Mandat yang rakyat berikan kepada kita untuk menjadi kerajaan perlu dimanfaatkan bagi membangunkan Sabah yang kini sudah agak jauh ketinggalan. Dengan ancaman Covid-19, keadaan ekonomi yang tidak stabil banyak syarikat, usahawan dan juga penggiat industri perhotelan serta pelancongan berhadapan dengan masalah.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami dalam GRS untuk membangunkan Sabah sekaligus menjaga kesejahteraan rakyat Sabah” katanya

Ketika ditanya mengenai keputusan ahli majlis tertinggi UMNO semalam Bung ringkas menjawap Umno Sabah menghormati keputusan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN