30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan teruskan tradisi Korban Perdana Aidil Adha

Mohd Rafi menyaksikan majlis penyembelihan lembu korban sempena Adil Adha 1445H.

LABUAN:UMNO Bahagian Labuan meneruskan tradisi Ibadah Korban Perdana Aidil Adha yang dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Bahagian  sejak Tahun 2008.

Pada Tahun ini, Ibadah Korban Perdana membabitkan penyembelihan  4 ekor lembu yang disumbangkan oleh Ketua UMNO Bahagian  Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan  bersama keluarganya.

Majlis penyembelihan  yang dilaksanakan secara gotong royong melibatkan ahli ahli UMNO lima peringkat telah diadakan di perkarangan Surau Al-Ikhlasiah Kampung Belukut, pada Isnin.

Program tersebut yang bermula pada jam 9.30 pagi itu turut mendapat kerjasama  Jawatan Pengurusan Keselamatan  Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Surau Al-Ikhlasiah.

SERAH.Mohd Rafi menyampaikan daging Korban Kepada Sanih sambil diperhatikan Asmadi (Kiri sekali)

Mohd Rafi berkata, pada Tahun ini UMNO Labuan terus melaksanakan Program Korban Perdana melibatkan empat ekor lembu.

“Alhamdulillah tahun ini program Ibadah Korban Perdana yang mula  dilaksanakan ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Tahun 2008 telah dapat kita teruskan dengan jayanya.

“Lebih 700 kilogram daging korban yang dihasilkan  daripada penyembelihan lembu lembu itu telah diaggihkan kepada 700 asnaf menerusi 30 cawangan UMNO yang diseleraskan masing masing oleh  Ketua UMNO Cawangan,”katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Hadir sama Ketua Kampung Belukut, Asmadi Asmat, Ketua UMNO Cawangan Belukut,  Sanih Yussof, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Ikhlasiah, Norazlan Mahmud, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungut, Ketua Puteri UMNO Bahagian, Normiyati Jumat serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN