29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan terus bantu rakyat kurang bernasib baik

KUNJUNGAN… Mohd Rafi (enam dari kiri) bersama kepimpinan UMNO Bahagian ketika berkunjung ke rumah Terbuka Aidilfitri Bashir (tujuh dari kiri).

Labuan: UMNO Bahagian Labuan terus menghulurkan bantuan   membantu rakyat yang memerlukan bantuan khususnya kepada mereka yang kurang bernasib baik dan keluarga yang ditimpa musibah.

Baru baru ini, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan bersama kepimpinan UMNO Bahagian turun padang untuk menyampaikan berita gembira kepada lima  buah keluarga yang telah diluluskan permohonan pembinaan rumah baharu dan sebuah baik pulih oleh  Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kami telah menyampaikan berita gembira ini kepada lima buah keluarga masing masing dua buah   di Kampung Layang-Layangan (kebakaran rumah) dan masing masing  satu di Kampung Ganggarak, Sungai Bedaun dan Sungai Keling kerana kedudukan rumah terlalu usang yang tidak selamat untuk didiami,  manakala sebuah turut diluluskan oleh KKDW  untuk baih pulih di Kampung Sungai Labu” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias di kediaman rasminya di kampung Sunagi Lada.

Selain itu katanya, UMNO Bahagian Labuan juga telah menghulurkan sumbangan kepada tiga peniaga yang kehilangan tempat berniaga apabila gerai ikan bakar mereka di Kampung Lubok Temiang hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku pada bulan Ramadan baru baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menzahirkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan melalui KKDW yang telah meluluskan sekaligus merelisasikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan  khususnya yang memerlukan bantuan.

 â€śSyukur Alhamdulillah, suara yang saya angkat kepada kerajaan melalui KKDW tahun lepas telah mendapat kelulusan pada Jumaat lepas.

“Selaku pemimpin tidak ada perkara yang menggembirakan dan memberi kepuasan selain dapat membantu masyarakat yang memerlukan dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN