31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan siap sedia hadapi PRU 15

Dzulfaizal Ab. Manan – Setiausaha UMNO Bahagian Labuan.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan  telahpun bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU ke 15).

Menurut Setiausaha UMNO Bahagian parti itu,  UMNO  Bahagian  telahpun mula mengadakan mesyuarat  semua peringkat yang melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri  yang lebih fokus kepada mengemaskini  status keahlian dan mengenal pasti ahli-ahli UMNO yang  setia kepada parti. 

 “Bahagian dan ketiga tiga sayap parti telahpun di arah untuk  membuat persiapan jentera  pilihan raya masing-masing  bermula sekarang,” katanya di sini, kelmarin

Beliau berkata,  Ketua UMNO Bahagian Labuan  Senator Datuk Bashir Alias telah mengarahkan semua peringkat termasuk cawangan untuk menggerakkan jentera pilihan raya.

“Mengemas kini keahlian termasuk alamat mereka dan mengenal pasti ahli yang taat setia kepada parti adalah penting untuk memastikan UMNO berada di landasan betul pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Dzulfaizal menjelaskan Umno Bahagian akan  mengemukakan  nama Datuk Bashir sebagai Calon BN pada PRU ke 15 kerana beliau merupakan pemimpin yang mesra dan prihatin rakyat serta  diyakini boleh  memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Justeru itu beliau  mahu  pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri terus memperhebatkan  gerak jerja masing masing  khususnya dalam membela  dan membantu rakyat sesuai dengan perlembagaan UMNO Fasal 6.1.6 yang menjelaskan keperluan berkhidmat kepada takyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN