29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan lapor polis Isu bantah laungan Azan

LAPORAN…. Mohd Faizal  (tengah), Musa (kanan sekali) bersama beberapa AJK UMNO Bahagian dan Pemuda yang membuat laporan polis di Balai Polis IPD Labuan pada Sabtu 

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan  telah membuat laporan polis  terhadap pemilik akaun Facebook Jason Ho yang membantah  laungan Azan menggunakan pembesar suara serta ugutan yang berbau perkauman.

Laporan yang boleh menjejaskan keharmonian kepelbagaian kaum dan agama itu telah dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Dzulfaizal Ab. Manan  di Balai Polis IPD Labuan, pada petang Sabtu.

Turut membuat laporan polis yang sama ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang diketuai oleh ketuanya Musa Basman.

Menurut Dzulfaizal laporan itu telah dibuat sebagai  tanda sokongan kepada pihak Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad V  yang mahukan pemilik Facebook berkenaan disiasat.

“Individu itu telahpun menghantar mesej  melalui Facebook Masjid Sultan Muhammad V yang mendakwa laungan azan solat lima waktu telah menganggu ketenteraman.

“Apa yang dinyatakan individu  berkenaan  adalah sesuatu yang tidak wajar kerana selama ini di Labuan tidak pernah wujud masalah bantahan berkaitan laungan azan” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Lebih mengejutkan lagi kataya mesej dari individu berkenaan juga mengandungi unsur ugutan  dan berbaur penghinaan terhadap agama Islam  dengan tuduhan yang melampau.

“Individu itu telah mendakwa bahawa Islam is fake, penganas dan sebagainya. Kenapa perlu dikatakan agama kami membawa kebencian dan keganasan ?, katanya.

Dzulfaizal yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan,  menyifatkan individu terbabit  sebagai tidak menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan yang jelas termaktub dalam perlembagaan sambil menegaskan perkara ini dapat disiasat dengan segera.

“Sekiranya pemilik akaun Facebook itu adalah samaran, kami berharap agensi yang berkaitan  khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat bertindak dan mengesan individu tersebut untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN