25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Umno Bahagian Keningau agih bantuan bakul makanan fasa ketiga

Haji Jainis (tiga dari kiri)bersama Hajah Salbiah (tiga dari kanan)dan Zati (dua dari kiri)bersama rombongan semasa menyampaikan bantuan makanan di Dewan Masyarakat Keningau.

KENINGAU:Pada Sabtu (kelmarin)Umno Bahagian Keningau telah mengagih-agihkan sebanyak 700 bakul bantuan makanan bagi fasa ketiga di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid -19.

Selain menghantar bantuan pek makanan tersebut di Pusat Rawatan Berisiko Rendah di  Dewan Masyarakat Keningau, rombongan yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Tuan Haji Janis Abdullah turut mengagih-agihkan bantuan yang sama di tiga buah kampung iaitu Kampung Skim Pamalan, Kampung Tanah Merah dan Kampung Keningau yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Turut serta Ketua Wanita Umno Keningau Puan Hajah Salbiah Suhaidi, Ketua Pergerakan Puteri Umno Keningau Saudari Siti Noor Zati Kamelah Sairin dan Ahli Jawatankuasa Umno Keningau.

Ketua Bahagian Umno Keningau Tuan Haji Janis Abdullah berharap agar sumbangan kecil dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban para penerima. 

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan ini agar terus mematuhi SOP bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN