31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ultron terus angkat martabat sukan Muaythai di Sabah.

OLEH: SALWAH ARAMAT

KOTA KINABALU : Syarikat Ultron terus mengangkat martabat sukan Muaythai di negeri ini menerusi pelbagai tajaan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Baru-baru ini, seramai 300 orang menyertai satu kejohanan acara Sabah Muaythai Championship berlangsung di 1Borneo, Kota Kinabalu , menyaksikan penyertaan dari Sabah, WPL. Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Brunei Darusallam.

CENDERAHATI..Mohd. Syazwan menerima cenderakenangan disampaikan Haji (kanan) diperhatikan yang lain.

Kejohanan yang julungkali diadakan di negeri ini telah dirasmikan Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Haji Azhar Bin Datuk Haji Matusin dihadiri Presiden Muaythai Sabah, Merangkap Presiden Muaythai Malaysia, Haji Nazri Bin Abdul Razak.

Haji Azhar dalam ucapannya memuji komitmen Ultron Sabah menganjurkan pertandingan itu yang disifatkannya mampu mencungkil bakat para peserta sekali gus memupuk perpaduan dikalangan masyarakat setempat.

Kejohanan Muaythai di 1Borneo Kota Kinabalu Sabah.

“Saya berasa teruja dengan aktiviti seperti ini dan mengharapkan dapat diadakan di kawasan Karambunai pada masa akan datang”, jelasnya.

Sementara itu, Duta Ultron Sabah, Mohd Syazwan Bin Yusuff ketika ditemui memberitahu program itu merupakan Tanggungjawab Sosial koporat (CSR) dan usahasama Ultron Sabah dalam mengangkat martabat dan membantu persatuan-persatuan yang terdapat di Sabah seperti Persatuan Sukan Muaythai agar terus menyinar bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan malah atarabangsa.

“Pihak Ultron sedia membantu dalam usaha mempertingkatkan serta memartabatkan sukan Muaythai di negeri ini setanding dengan negeri lain di Malaysia”, jelas Syazwan. –T A M A T

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN