24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Turut turun padang hulur bantuan, Jonathan terus dekat di hati rakyat

PRIHATIN……Jonathan menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima

RANAU: ‘Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul’,  perasaan itulah yang terukir di lubuk hati setiap pemimpin prihatin dan berjiwa rakyat seperti Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin yang  turut ‘Turun Padang’ menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas   Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19  seluruh dunia.

Sinonim dengan sifat mesra dan peramah, Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II, adakala terpaksa berjalan kaki jauh ke pedalaman untuk menyampaikan bantuan berupa Barang Makan (BarMa) sambil melihat sendiri kehidupan rakyatnya yang masih daif dan serba kekurangan.

Jonathan (Kanan) ketika mendengar maklumat penting beberapa aduan daripada penduduk Kg. Patau Ranau.

Kesempatan itu juga beliau manfaatkan untuk mendengar sendiri keluhan serta harapan rakyat di peringkat akar umbi yang mengharapkan kehidupan lebih baik seperti dinikmati penduduk di kawasan lain.

“Syabas kepada Jonathan, pemimpin seperti inilah kami mahukan, sentiasa peka dan prihatian dengan kedaifan kami yang tinggal di pedalaman.

“Mudah-mudahan beliau (Jonathan) terus dianugerahlan kesihatan yang baik, dipanjangkan usianya agar terus berkhidmat untuk membela dan menabur jasa kepada rakyat di daerah ini,” kata dan harapan 11 orang penerima bantuan di Kg.Patau yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pekan Ranau kelmarin.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, Jonathan telah melancarkan misi menghantar bantuan kepada penduduk kampung di sini yang benar-benar terjejas terutama golongan  Miskin Tegar, Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta pesakit telantar.

Salah seorang wakil keluarga merakam gambar bersama Jonathan
selepas penyampaian bantuan.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN