KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi,85, dilaporkan meninggal dunia pada jam 7:10 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan bekas Menteri Kesihatan yang juga menantu. Allahyarham , Khairy Jamaluddin menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 pm di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Al Fatihah,” menurut hantaran Khairy hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL