DAIF….. Suhaili (dua kiri) ketika meninjau sebuah rumah daif di Kampung Lajau.
LABUAN: Tujuh buah rumah daif yang dihuni warga emas di beberapa buah kampung di pulau ini akan dibaik pulih dalam masa terdekat menerusi peruntukan khas Perdana Menteri (PM) berjumlah keseluruhannya RM140,000.
Demikian diberitahu oleh Ketua Parti Bersatu Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada media selepas meninjau sebuah rumah daif di Kampung Lajau, pada Sabtu.
Beliau berkata antara tujuh rumah yang dikenal pasti untuk dibaik pulih segera itu terletak di Kampung Patau-Patau Dua, Kampung Belukut, Lubok Temiang Sungai Lada Rancha-Rancha dan Lajau.
“ Kesemua rumah yang telah dikenal pasti ini akan dibaiki segera dengan peruntukan yang akan disalurkan sebanyak RM20,000 setiap rumah” katanya.
Suhaili yang juga mantan Ahli Parlimen Labuan dua penggal 1999 dan 2004 berkata, kerja-kerja baik pulih rumah tersebut akan disegerakan dan perlu disiapkan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Dalam waktu yang sama beliau merayu kepada Majlis Agama Islam (MAIWP) agar dapat membantu golongan tersebut untuk menghulurkan bantuan.
Terdahlu sebelum itu beliau telah merasmikan cawangan Bersatu Gersik dengan menerima keahlian seramai 40 orang sambil menambah Cawangan Bersatu Gersik merupakan cawangan Bersatu ke 17 di Labuan yang berjaya di tubuhkan.
Selain itu katanya, tiga peniaga ikan masing masing di Tanjung Aru Nelayan, Sungai Miri dan Sungai Buton turut menerima peruntukan khas Perdana Menteri bagi menggantikan gerai sedia ada kepada konkrit.