KENINGAU:Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin merasa kesal dengan posting dalam facebook yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Katanya, ini merupakan satu fitnah terhadap Presiden STARSABAH yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Datuk Kitingan.
“Beliau (Dr. Jeffrey tidak pernah berkata demikian di mana-mana perjumpaannya dengan rakyat di negeri ini” katanya.
Malahan katanya, Dr Jeffrey tidak bersetuju dengan pemberian Kad yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Saya meminta pihak yang berkenaan membuat penyiasatan dan mengambil tindakan terhadap individu yang membuat fitnah tersebut” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor itu.
Individu berkenaan memuatnaik gambar Dr. Jeffrey melalui akaun facebook Michael Peter Govind dengan tertera perkataan “Pemberian Kad Pengenalan kepada PTI adalah lebih baik , berbanding pemberian PSS kepada pemegang Kad IMM13, Kad Banci dan Burung-Burung.