30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tuah milik Asmah Jamien, bawa pulang sebuah kereta Hyundai

Asmah (berkaca mata hitam) menerima replika kunci kereta disampaikan Datuk Jonathan (empat kanan) diperhatikan yang lain.

RANAU: Asmah Binti  Jamiun 48, dari Kg.Simpangan Poring di sini, punyai rezeki apabila memenangi Cabutan ‘Nombor Bertuah’ sebuah kereta jenis Hyundai MPV Matrix,  sempena  Sambutan Hari  Keluarga Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) peringkat daerah di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) baru-baru ini.

Sebaik diumumkan nombor bertuah kemenangan itu, Asmah terus menangis kegembiraan dan menerima replika kunci kereta tersebut disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang juga Perasmi program AIM itu dan penaja utama hadiah-hadiah  termasuk sebuah kereta.

Asmah ketika ditemui selepas menerima replika kunci kereta tersebut melahirkan perasaan syukur kerana memenangi cabutan nombor bertuah itu dan menyifatkannya sebagai satu rezeki kepada keluarganya.

“Saya tidak menduga memenangi cabutan nombor itu sebab saya hanya membeli tiga nombor (RM3) sahaja”, jelas Asmah,  yang belum boleh memandu kereta itu sebab belum memiliki lesen memandu.

“Mujurlah anak-anak saya sudah ada memiliki lesen memandu yang sah, jadi merekalah yang memandu kereta itu nanti”, tambah Asmah.

            

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN