30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Trump sertai 4 Presiden yang tak dipilih semula dalam tempoh 100 tahun.

Trump

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump masih tak mengaku kalah, walaupun kiraan undi menunjukkan pesaingnya, Joe Biden sudah mengatasinya.

Ini bermakna, Trump menyertai senarai empat lagi bekas presiden yang tidak dipilih semula dalam tempoh 100 tahun melalui Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Bagaimana sistem penggal Presiden AS?

Presiden AS diberi satu penggal atau empat tahun untuk berkhidmat sebelum dicabar calon lain dalam Pilihan Raya Presiden yang berlangsung setiap empat tahun.

Secara umum, seorang Presiden hanya dibenarkan berkhidmat di White House selama dua penggal berturut-turut, dan selepas itu akan diganti dengan calon lain, juga melalui proses pilihan raya.

Siapa lagi empat Presiden yang diundi keluar sejak tahun 1920?

1992 – George H. W. Bush (Republikan) dikalahkan Bill Clinton (Demokrat).

1980 – Jimmy Carter (Demokrat) dikalahkan Ronald Reagan (Republikan).

1976 – Gerald Ford (Republikan) dikalahkan Jimmy Carter (Demokrat).

1932 – Herbert Hoover (Republikan) dikalahkan Franklin Roosevelt (Demokrat).


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN