31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TOTAL LOCKDOWN, LHDN LONGGARKAN PEMBAYARAN CUKAI DAN PENALTI

Gambar fail

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan untuk melonggarkan pembayaran cukai dan penalti kepada orang ramai yang pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Perkerakan (PKP) Penuh.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, LHDN berkata, tawaran itu adalah penangguhan pembayaran penalti yang berkaitan dengan kewajipan bayar cukai mereka ke tahun 2022 dengan syarat pembayar terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal.

“Kelonggaran ini bertujuan meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai.

“LHDN juga membuat pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan atau tidak mampu menyelesaikan cukai tertunggak akibat pelaksanaan total lockdown.

“Pertimbangan penyemakan semula penalti yang dikenakan sekiranya pembayar cukai dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes,” jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, kelonggaran tersebut hanya terpakai kepada pembayar cukai yang terjejas pendapatannya ketika ini. Manakala, pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Pembayar cukai yang berhasrat untuk memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN