27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tongod jadi daerah pertama wujud tapak khas perkampungan rumah Mesra SMJ

RASMI …. Masiung memotong reben sebagai simbolik penyerahan rumah SMJ kepada penerima.


Oleh: Yussof J. Imbang

TONGOD: Tongod bakal mencatat rekod sebagai daerah pertama di Sabah menyediakan kawasan khas untuk tapak perkampungan baharu bagi menempatkan rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) secara terancang di daerah itu.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, pelan itu merupakan kerangka baharu hala tuju SMJ yang dicadangkan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada tahun hadapan.

Beliau menyatakan demikian, sejurus menyampaikan kunci dua unit rumah SMJ yang baru siap di Kampung Purutowai di sini, petang semalam.

” Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) mengenalpasti kawasan strategik untuk diwartakan sebagai perkampungan baharu SMJ.

” Kita yakin sebaik sahaja kerajaan negeri pada hari dapat membentuk semula kerajaan baharu, maka perkampungan SMJ ini akan diwujudkan sebagai modul pertama di Sabah, ” tegasnya.

Masiung menyampaikan replika kunci kepada penerima bantuan rumah SMJ sebagai sembolik sambil disaksikan Yuesri (kanan sekali) dan Tokyo (kiri sekali)

Manurut Masiung, jika usaha membina penempatan baharu itu menjadi realiti, maka langkah mewujudkan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik akan lebih mudah dan terancang.

Selain itu katanya, apabila bilangan rumah SMJ semakin bertambah dari tahun ke setahun, kerajaan lebih mudah menempatkan kemudahan awam seperti dewan, tabika dan klinik di kawasan terbabit.

Pada masa ini Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, memperuntukan 40 buah rumah setiap DUN dengan kos RM3.2 juta.

Bantuan rumah SMJ yg diperkenalkan kerajaan negeri sekarang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang berkelayakan.

Pegawai Daerah Tongod, Mohd Yuseri Ismail Yusof dan PPM, Tokyo Hasim Omar turut hadir di majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN