27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tolak Parti Malaya: Wiramuda Star

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR SABAH Muhd Raiyan Fung menyokong sepenuhnya ucapan dasar Presiden Parti khususnya berkaitan Parti Malaya jangan ambil kerusi Sabahan.

“Saya yakin andai kita bersatu dan menolak Parti Malaya, kekuatan politik kita akan lebih hebat dan lebih stabil.

“Maka saya berpandangan, adalah baik agar pada PRN akan datang, kita tidak bekerjasama dengan mana-mana Parti Malaya baik PKR mahupun UMNO,” katanya.

Tambah beliau, parti Star Sabah harus memilih untuk bergerak secara solo bersama rakan-rakan komponen GRS yang 100% original Sabahan.

“Kita menolak Parti PKR, DAP, Amanah, UMNO, MCA , MIC, BERSATU, PAS & Gerakan untuk bertanding dalam PRN akan datang kerana mereka ini sudah ada, bahkan ada parti yang memiliki kerusi yang jauh lebih besar dari jumlah DUN di Sabah.

“Di Sabah hanya memiliki 73 kerusi sahaja untuk dipertandingkan.

“STAR dan GRS tidak pernah mahu menuntut apa-apa kerusi di Malaya walaupun ramai anak Sabah di sana, tapi mengapa Malaya mahu merampas kerusi kami yang ada di Sabah, apakah kerusi di Malaya tidak mencukupi bagi mereka?” soal beliau.

Justeru, Muhd Raiyan menambah, “Inikalilah, pada PRN akan datang, kita tunjukkan kekuatan kita, kita tunjukkan tekad kita dan semangat kita agar kerusi di Sabah akan kita menangi semuanya!” tegas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN