27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tokong Feng Huang Shan Ba Xian Miao serah 450 kampit beras

SERAH… Wong (dua kanan) menyerahkan secara simbolik sekampit beras kepada Rithuan sambil diperhatikan oleh Ansharey (tengah)

LABUAN: Persatuan Pengurusan Tokong Feng Huang Shan Ba Miao Jiu Huang Da satu-satunya tokong terbesar di pulau ini menyerahkan sebanyak 450 kampit beras kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden Persatuan Tokong berkenaan, Datuk Wong Kii Yee kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail mewakili Pengerusi PKOB, Dr. Fary Akmal Osman yang diadakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan.

Wong berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu PKOB mengagihkan bantuan keperluan harian kepada warga Labuan yang terjejas akibat menjalani perintah kuarantin (satu keluarga) di rumah masing-masing terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan (B40).

“Kita tahu ramai penduduk Labuan yang menjalani perintah kuarantin sukar untuk mendapatkan bakalan makakan, kerana mereka tidak dibenarkan keluar daru rumah…. kita harap menerusi sumbangan yang kita serahkan kepada PKOB ini akan dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan” katanya.

Selain itu Wong berkata, pihaknya juga telah menyediakan sebanyak 450 kampit beras untuk diagihkan kepada komuniti tionghua yang terjejas akibat pandemik COVID 19.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN