31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TKPPM lakukuan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Labuan

SIMBOLIK…Dato’ Adzman secara simbolik melancarkan Pelan Strategik JPN Labuan 2021 – 2025 bersama Yusup. Turut kelihatan Maimoon, Mohd Nizam (dua kanan) dan Ustaz Abd Rahman

LABUAN: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah (SOS), Dato’ Haji Adzman Talib telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini

Lawatan selama tiga hari itu adalah bertujuan untuk memastikan pengoperasian sekolah rendah dan persediaan pembukaan sekolah menengah mulai 8 April ini berjalan lancar dalam tempoh PKPP.

Menurut Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), Maimoon Matnoh selaku penyelaras program, selain mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai JPN Labuan, Dato’ Haji Adzman turut dijadualkan melawat beberapa sekolah di wilayah ini.

“Antara fokus lawatan ialah melihat kaedah dan amalan sekolah-sekolah dalam menerima kehadiran murid setiap pagi dan sesi penyuraian murid-murid sekolah,”katanya.

BINCANG….Dato’ Adzman mengadakan perbincangan dengan Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah (kanan) sambil diperhatikan Yusup (kiri) dalam penyediaan tempat transit murid.

Kunjungan ke ibu pejabat Jabatan Pendidikan WP Labuan telah dibuat sejurus selepas ketibaan Dato’ Haji Adzman di pulau bertuah ini.

Kehadiran beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai jabatan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Haji Mohamad.


Turut menyambut kehadiran beliau ialah Timbalan-timbalan Pengarah Pendidikan Labuan, Md Nizam Yasim (Sektor Perancangan) dan Ustaz Abd Rahman Ahmad (Sektor Pembangunan Murid).

Dalam ucapan alu-aluannya, Yusup telah menerangkan tentang halatuju dan pelan strategik Jabatan Pendidikan WP Labuan dalam tempoh 2021 hingga 2025.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan pendidikan Labuan di landasan terbaik.

“Dalam hal ini kita akan mengukuhkan program-program pendidikan di peringkat negeri dan memperkasakan aktiviti-aktiviti kebangsaan.

“Kita juga telah menjalinkan hubungan antarabangsa dengan KUPU Brunei dan NPO SAM, Jepun,”jelas Yusup.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Matnoh, turut menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pengoperasian sekolah rendah dari aspek kehadiran murid dan sesi penyuraian sewaktu balik.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dato’ Haji Adzman berkata tujuan utama lawatan kerja ialah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesiapsiagaan dan pematuhan sekolah terhadap amalan-amalan dalam norma baharu.

“KPM telah membuat satu keputusan yang sukar untuk membenarkan murid-murid kembali ke sekolah.

“Kita mengakui bahawa sesi persekolahan secara bersemuka adalah amat penting bagi setiap murid mendapat akses kepada pendidikan terbaik.

“Justeru kita perlu memastikan keselamatan murid dan warga sekolah sentiasa terjamin dengan mematuhi SOP yang telah disediakan,”katanya.

Sepanjang lawatan itu, Dato’ Adzman turut melakukan lawatan ke ke enam buah melibatkan SMK Labuan, SKK ST Anne, SK Sungai Bedaun, SM Sains Labuan, SMK Pantai dan SK Pekan Satu.

Secara keseluruhan beliau berpuashati tahap kesiapsiagaan dan pematuhan sekolah-sekolah di Labuan dalam mengekang penukaran pandemik COVID-19.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Labuan kerana menyediakan sekurang-kurangnya 20 sinki di setiap sekolah secara tetap dan dibuat dengan begitu kemas. “Inisiatif ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan secara kerap dan menjaga kesihatan,”katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak PIBG, PDRM, RELA dalam memastikan penyuraian murid secara tertib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN