TERIMA SUNTIKAN…Bung ketika membuat suntikan dari jururawat yang bertugas
KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin petang kemarin, menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTec
Beliau menerima suntikan itu di Hospital Queen Elizabeth I selepas menghadiri mesyuarat Kabinet Negeri di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri
Turut menerima suntikan Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan. Mereka adalah kumpulan kedua jemaah menteri Sabah yang menerima suntikan tersebut selepas kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor menerima suntikan minggu lepas.

PENGSAHAAN…Bung (tengah) bersama Jafry (kanan) dan Yakub (kiri) mengangkat poster yang mengsahkan mereka sudah menerima suntukan Vaksin Covid-19
Terdahulu, Bung bersama rombongan tiba di Hospital Queen Elizabeth I pada kira-kira jam 1.30 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera, yang akan menjadi aplikasi bagi satu daripada kaedah pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 selepas ini selain diberikan penerangan oleh doktor yang bertugas sebelum proses suntikan bermula.
Ketika ditemui Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Lamag berkata, orang tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan selepas menerima vaksin Covid-19.
Katanya sebelum suntikan dilakukan saringan sejarah kesihatan akan dilakukan terhadap individu sebelum disahkan layak menerima vaksin.
“Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin tidak diberi suntikan vaksin Covid-19,” katanya