26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TINDAKAN KERAJAAN NEGERI BUKA SEMULA OPERASI INDUSTRI KILANG SAWIT ADALAH TEPAT: ATHUR

OLEH: MA

KENINGAU:Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menyifatkan tindakan kerajaan negeri membuka semula pengopersian industri kilang sawit di negeri ini satu tindakan tepat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini.

Timbalan Menterinya Athur Tan Sri Joseph Kurup berkata, sebelum ini beliau telah menyuarakan perkara ini kepada kerajaan negeri bagi membantu para penduduk kampung yang rata-ratanya bergantung kepada hasil penjualan kelapa sawit untuk menyara keluarga yang tergendala disebabkan oleh penguatkuasaan PKP.

Arthur menyampaikan.bantuan kepada salah seorang penerima di kawasan Sook.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah kerana telah menyahut cadangan kita untuk membuka balik industri sawit. Apabila industri sawit ini dibuka semula ia memberi peluang kepada pekebun menjual buah sawit mereka sekali gus memulihkan pendapatan mereka yang terjejas dalam tempoh PKP” katanya ketika ditemui media selepas mengagih-agihkan bantuan makanan harian kepada 500 Ketua Isi Rumah (KIR)di Daerah Kecil Sook kelmarin.

Terdahulu Athur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut menyampaikan bantuan keperluan makanan harian kepada 500 KIR  di Daerah Nabawan seterusnya melawat penduduk yang terjejas banjir kilat di pengkalan Salung di Daerah Kecil Pegalungan baru-baru ini.

Arthur menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima di Kampung Salong.

Jelasnya , dalam lawatannya itu, banyak kerosakan kemudahan awam terutamanya seperti jeti pengkalan Salung, jambatan gantung dan tanaman  penduduk turut musnah.

Arthur bersama rombongan semasa meninjau kesan banjir di Salung

Katanya, kerosakan kemudahan-kemudahan terbabit akan diambil perhatian Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan untuk tindakan lanjut.

Sehubungan dengan itu beliau meminta pemimpin masyarakat di kawasan terlibat agar membuat laporan terperinci untuk dikemukakan kepada Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN