33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Timbalan Pengerusi PL lawat Terminal Feri Antarabangsa Labuan

TAKLIMAT…. SIMSUDIN (kiri)  ketika diberikan taklimat oleh Noor Halim (duduk tengah) bersama staf LDA Holding Sdn. Bhd.

LABUAN: Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) yang baharu dilantik, Simsudin Sidek membuat lawatan  ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) dan  Ibu Pejabat LDA (Holding) Sdn. Bhd, pada Selasa.

Lawatan tersebut yang julung kalinya dilakukan oleh Timbalan Pengerusi PL itu antara lain bertujuan untuk  melihat keadaan sebenar pengoperasian  TFAL disamping menyampaikan aduan serta cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan yang ada di terminal tersebut.

Sempena lawatan itu, Simsudin turut diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini.

Dalam taklimat itu, Noor Halim menjelaskan beberapa aduan yang disampaikan oleh Simsudin sebenarnya telah pun dilaksanakan sebaik sahaja beliau mengambil alih pengurusan LDA Holding  sebulan bulan yang lalu.

“Aduan yang dibawa oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan itu sebahagianya telahpun dilaksanakan, namun sebahagian lagi  masih dalam proses pengubahsuaian… ini termasuklah  sistem pembelian tikit secara  atas talian atau pembayaran secara digital dan tunai” katanya kepada media di sini.

Dalam waktu yang sama Noor Halim menjelaskan LDA Holding Sdn. Bhd selaku pihak yang bertanggung jawab dalam mengendalikan  pengoperasian TFAL akan terus melakukan penambahbaikan bukan saja dalam perkhidmatan kepada pelanggan tetapi juga infrastuktur  dan kemudahan  di terminal itu juga  menjadi keutamaan.

“Kami mahu  perkhidmatan dan juga kemudahan yang terdapat di TFAL bukan hanya sekadar  namanya sahaja bertaraf antarabangsa, tetapi  kami juga mahu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan juga berstatus antarabangsa” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Simsudin yang  dapat meluangkan masa untuk melawat dan memberikan pelbagai cadangan  yang bernas dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengendalian TFAL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN