ADVERTISEMENTspot_img

Timbalan Menteri Kewangan lawat SK Pekan Satu

Liew (duduk tengah), Yahya (tiga dari kiri), Anita (tiga dari kanan) bersama pegawai pegawsi kanan JPWPL.

LABUAN: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Pekan Satu baru baru ini bagi meninjau kemudahan serta persekitaran pembelajaran di sekolah tersebut.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL), Yahya Ahmad Puteh dan Guri Bedar DK Pekan Satu, Anita Syhamini A/P S. Azman serta beberapa orang pegawai JPWPL,

Liew bersama rombongan dibawa meninjau kemudahan utama sekolah yang merangkumi Prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Bilik Seni, Kelas Pendengaran, dan Kelas Perdana.

Delegasi turut dibawa melawat sekitar kawasan sekolah bagi melihat sendiri suasana pembelajaran dan infrastruktur yang disediakan untuk murid-murid.

Kehadiran delegasi turut disajikan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid Tahun 6 Bestari, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), yang dibimbing oleh Chelwin Vester, Guru Muzik PPKI.

Guru Besar SK Pekan Satu dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kesudian Timbalan Menteri Kewangan meluangkan masa untuk hadir.

Menurut beliau, lawatan tersebut menjadi satu penghormatan serta suntikan semangat kepada warga sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

“Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kepada penambahbaikan kemudahan serta memperkukuh sokongan terhadap pembangunan pendidikan, khususnya dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan inklusif kepada semua murid,katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN