27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga pesakit terlantar terima sumbangan UPPM Karanaan.

GAMBAR ATAS: Jupiring menerima sumbangan yang sama disampaikan Meretha disaksikan Wamilin dan Resuvih (isteri).

RANAU: Seramai tiga orang pesakit sedang terlantar di wad hospital di sini menerima sumbangan prihatin daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Karanaan.

Sumbangan disampailan Pemaju Mukim Tambiau Mohimboyon, Meretha Jaudin bersama Pemaju Mukim Karanaan Randagong, Walimin Marin pada Sabtu mewakili Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Karanaan, Awassi Tan Sri Ghani Gilong.

Salah seorang pesakit yang menerima sumbangan berupa keperluan dapur
beserta wang tunai dibawah Bantuan Khas Orang Susah (BKOS) ialah Aramat
Bin Mijul dari Kg. Napong 1 Ranau, yang mengidap penyakit kronik Kencing
Manis menyebabkan kaki kanannya dipotong.

Manakala dua orang pesakit lagi ialah Suhaidin Bin Naim yang mengalami
strok bahagian atas badan dan Jupiring Yonkok mengidap jangkitan Kencing
Tikus dan jangkitan Pundi Kencing, masing-masing berasal dari Kg. Lipasu
Baru Ranau.

Menurut Awassi ketika dihubungi memberitahu, bantuan seumpama itu akan
terus dihulurkan dari masa ke semasa bagi meringankan beban yang dihadapi
keluarga pesakit selain menyalurkan sumbangan ke beberapa buah keluarga
kurang berkemampuan di kawasan DUN Karanaan.

Beliau mengharapkan kepada semua golongan sasar yang telah menerima
bantuan tersebut agar dapat memanfaatkan sumbangan itu sebaiknya. Kepada penduduk yang belum menerima apa-apa bantuan tersebut
diharapkan supaya dapat bersabar menunggu giliran pada masa akan datang.

“Bantuan seumpama ini akan terus dihulurkan dari masa ke semasa kepada
golongan yang benar-benar memerlukan khususnya pesakit terlantar
sama ada yang sedang dirawat di hospital mahupun di rumah.

“Saya juga mengharapkan agar sumbangan yang disalurkan ini dimanfaatkan
sebaiknya”, tambah Awasi sambil menyeru kepada masyarakat agar sentiasa
mematuhi ‘Standard Operasi Prosedur’ (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. ‘Kita Jaga Kita’, ‘Kita Mesti Menang’, ‘Stay Safe’, ‘Stay At Home’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN