29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga pemain Labuan dipanggil sertai latihan  B21 Sabah

Gambar: PEMILIHAN…. Sophian (empat kanan) bersama Jelius (tengah) ketika sesi latihan dan  pemilihan pemain  B-21 zon Labuan yang diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, bvaru-baru ini.

LABUAN: Tiga pemain bola sepak  dari Labuan  adalah antara  60 pemain muda   yang dipanggil  oleh Kelab Bola Sepak  Sabah (Sabah FC) untuk mengikuti kem pra  latihan Bola Sepak Bawah 21 (Piala Presiden Sabah FC) 2022 di Kompleks Sukan Likas. 

Menurut Presiden LAFA, Sophian Said, tiga pemain itu ialah  Mohd Ikhwan Monajah, 19 (penjaga gol), Mohd Syahmi Idris, 20, dan J. Klemen Jenis, 21 tahun.

“Ketiga-tiga mereka  telah pun  bertolak ke Kota Kinabalu pada pagi kelmarin  untuk ujian pemilihan skuad Sabah B-21, bersama  60 pemain muda dari seluruh negeri itu, sebagai persediaan menghadapi Piala Presiden Sabah FC 2022” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berharap ketiga-tiga pemain tersebut dapat melakukan yang terbaik dalam latihan dan seterusnya terpilih untuk menyertai pasukan Sabah B-21.

Beliau menzahirkan keyakinan  ketiga-tiga pemain yang dipanggil itu akan memberi motivasi kepada pemain lain, terutama anak muda di pulau ini.

Sophian turut memuji pegawai-pegawai LAFA yang telah bekerja keras dalam membimbing ketiga-tiga pemain itu.

Sebelum ini Ketua jurulatih Sabah FC Jelius Ating bersama tiga lagi pembantunya, Borhan Ajui, Matlan Marjan dan Jasrin Jabidin  telah mengadakan sesi pemilihan bagi zon Labuan yang diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan   bagi memilih pemain Labuan ke pra  latihan  dan  pemilihan Skuad Bola Sepak B21 Sabah FC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN